Alhamdulillah, sekali lagi berkesempatan menulis. Tanggal 27 Mac 2010 yang lalu, SMK BA sekali lagi dikejutkan dengan gelaran johan Syarahan Agama (P). Saya pun terkejut dan apatah lagi saudari (Mai) yang menyandang gelaran tersebut. Sebenarnya, saya pun tak faham bagaimana boleh jadi begitu. Sebenarnya dari awal lagi Mai ingin menarik diri daripada menyertai peringkat Daerah tetapi atas desakan dan pujukan saya, beliau terima. Mai memang berbakat dalam syarahan, tapi kali ini, dia tak yakin untuk mengambil bahagian sebab lawannya ialah bekas peserta dari SMKBA juga beberapa tahun yang lalu. Dia rasa begitu kerdil di hadapan lawannya. Saya dapat rasakan dari riak wajahnya. Tapi saya diam dan terus beri semangat padanya. Saya pernah katakan padanya bahawa ini peluang yang Allah berikan padanya untuk menimba pengalaman menyertai pertandingan ke peringkat negeri kalau menang di peringkat Daerah. Mungkin juga...... tapi Mai kata, ini bukan peluang tapi ujian... mungkin juga.
Pada hari penyampaiaan semula hadiah johan di hadapan perhimpunan..... saya yang turut gembira bercampur risau.. dihujani dengan ucapan tahniah dari rakan guru. Untuk siapa ucapan tahniah? Untuk aku kah atau untuk Mai? Bagi saya, ucapkanlah tahniah itu pada Mai, dia yang lebih berhak menerimanya. Saya hanya melatih dan meletihkan dia... siapalah guru, kalau tiada pelajarnya.....
Alhamdulillah... benarlah Allah berikan peluang dan ruang pada Mai untuk pergi lebih jauh dalam bidang syarahan agama.
Sayang 1000 kali sayang, terkilan bukan kepalang saya dibuatnya, bila Mai ambil keputusan untuk menarik diri dari menyertai peringkat negeri. Dia masih tak yakin pada dirinya.... tetapi alasan yang dia berikan pada saya ialah untuk memberi tumpuan pada PMR akan datang. Saya tak berapa percaya itu alasan yang sebenar. Hingga kini, saya masih tak percaya. Apabila bercakap soal syarahan, yang saya nampak di wajahnya ialah ketakutan..... kerana itulah saya redha dan rela dia menarik diri.... terima kasih ya Allah, walaupun tak sampai ke peringkat negeri, tetapi Kau beri peluang pada Mai untuk memegang gelaran johan di peringkat daerah. Saya merasakan penarikan diri Mai dari pertandingan peringkat negeri ada hikmah yang tak terhitung disebaliknya. Antaranya, beri kerehatan pada saya dari merekatulis teks syarahan dan meletihkan diri melatih peserta. Apa-apa pun... alhamdulillah, semuanya ada hikmah yang kita tak tahu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan