- Mengajar dalam kelas,
- memotivasikan pelajar dalam dan luar kelas,
- bermain bersama di padang,
- menaip soalan peperiksaan,
- menjadi doktor untuk klinik mata pelajaran,
- merawat pesakit jiwang cinta monyet
- penyiasat kes curi
- ibubapa angkat kepada 40 orang anak pelbagai bangsa dan agama
Akhir-akhir ini ramai guru mencari jalan untuk meredakan tekanan bekerja. Antaranya dengan merekacipta dan melawati Facebook...... Saya juga teruja apabila sering ditanya rakan-rakan sekerja, "ada facebook tak?"
Pada mulanya, saya bingung juga memikirkan, binatang apa facebook tu. Tetapi apabila berjinak-jinak dengan internet, barulah aku kenal apakah itu facebook. Bukanlah binatang atau manusia atau makanan. Tetapi jika disalahgunakannya maka ia boleh menjadi apa saja, walaupun mungkin ia boleh menjadi binatang atau syaitan, racun atau pengubat, atau apa saja mengikut niat dan cara menggunakannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan